|
MBE tidak ketepikan DEB |
|
Khamis, 02 September 2010 01:19
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA 1 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) tidak akan mengetepikan elemen-elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai banyak langkah afirmatif bagi membantu bumiputera. Perdana Menteri berkata, pelaksanaan MBE mengambil kira semua realiti berhubung kedudukan golongan tersebut pada masa ini. ‘‘MBE tidak bermaksud menghapuskan keseluruhan DEB tetapi langkah liberalisasi yang progresif, jadi kita mempunyai langkah tentang apa yang kita lakukan. ‘‘Pada akhirnya, kita perlu mempertimbangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia, jadi kepentingan bumiputera akan diambil kira,” katanya.
|
|
|
|
|
Pusat sehenti peniaga Melayu |
|
Jumaat, 27 Ogos 2010 02:41
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
|
|
KEBIMBANGAN masyarakat perniagaan bumiputera terhadap ketiadaan sebuah badan yang mengurus mereka secara langsung masih lagi kedengaran sehingga ke hari ini. Tanggungjawab itu pernah dipikul oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sebelum ia dimansuhkan pada April 2009. Sejak itu, fungsi 11 agensi di bawahnya diserapkan ke kementerian yang berbeza. Sebagai contoh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); Maktab Kerjasama Malaysia dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Institut Keusahawan Negara (INSKEN) dan Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) pula di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi-agensi lain juga diserapkan ke beberapa kementerian berbeza seperti Kementerian Kewangan; Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pertanian dan sebagainya.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 27 Ogos 2010 03:26 )
|
|
|
Malaysia sebagai hab pengeluaran kereta antarabangsa |
|
Jumaat, 27 Ogos 2010 02:21
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin lebih banyak pengeluar kereta antarabangsa akan memilih Malaysia sebagai hab pengeluaran untuk pasaran Asia Tenggara.
Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir memberitahu, kepakaran dalam pemasangan kereta yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun lepas membolehkan banyak pengeluar kereta antarabangsa memilih negara ini sebagai hab pengeluaran. "Malaysia bukan sahaja mempunyai tenaga mahir tetapi kemudahan yang lengkap serta berteknologi tinggi dalam pemasangan kereta di samping kedudukan negara di tengah-tengah pusat pemasaran Asia Tenggara.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 27 Ogos 2010 03:17 )
|
|
|
Pusat Sehenti Gabem di PWTC |
|
Jumaat, 27 Ogos 2010 02:19
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Pusat Sehenti Gagasan Badan Ekonomi Melayu (PSG) yang bertindak sebagai penghubung antara kementerian dengan agensi-agensi kerajaan dengan para usahawan mula beroperasi hari ini di Bilik Pulau Pinang dan Perlis, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
PSG akan dibuka setiap Khamis mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang. Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik memberitahu, PSG ditubuhkan untuk tem-poh percubaan selama enam bulan seperti yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 27 Ogos 2010 03:18 )
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka 1 daripada 6 |